Sunday 14 April 2013

10 Kesilapan Ketika Membeli Telefon Pintar


Membeli telefon nampak mudah tetapi kalau salah beli, buruk padahnya, apa kata kita cuba dapatkan sedikit tips membeli telefon pintar yang kurang diendahkan pengguna.



 

1. Keperluan atau kehendak

 

Beringatlah! Bajet adalah berdasarkan pendapatan dan perbelanjaan. Pendapatan serta perbelanjaan pula berbeza mengikut kemampuan individu, oleh itu bajet anda sepatutnya berasaskan kepada keperluan dan kehendak.

Ada yang bertanya, bagaimana caranya untuk membezakan antara keperluan dan kehendak? Tentunya, banyak keperluan dan kehendak timbul dalam diri anda. Keperluan adalah sesuatu yang perlu ada dan tidak boleh hidup tanpanya. Betul, telefon adalah keperluan tetapi anda perlu beringat-ingat.

Sebagai contoh, telefon bimbit bukanlah keperluan bagi seorang individu kalau diikutkan 20 tahun lepas. Sebaliknya, di dunia moden hari ini, telefon bimbit sudah menjadi keperluan dan bukan lagi suatu kehendak. Namun, apabila anda memilih telefon bimbit yang mahal dengan ciri terkini yang anda sendiri jarang gunakan, anda sebenarnya sudah mengubah daripada keperluan kepada kehendak.

 

2. Terlampau taksub pada resolusi kamera telefon

 

Apabila anda ke kaunter, soalan yang ditanya, berapa megapiksel kamera telefon ini? 5.0 megapiksel? 8.0 megapiksel? Atau 12.0 megapiksel? Adakah ia soalan itu penting? Jawapannya, ya, penting tetapi ia bukan segala-galanya kalau membeli telefon.
Anda akan membawa telefon ke hulur ke hilir dan fungsi kamera biasanya digunakan secara mengejut, contohnya merakam kemalangan depan mata atau selebriti yang secara tiba-tiba melintas di depan anda. Pada masa ini, resolusi bukan segala-galanya tetapi kepantasan dan kekuatan ‘shutter’ yang paling utama. Bagaimana untuk memilih shutter? Jawapan itu sukar dijawab, hanya satu tips saja iaitu cuba dulu telefon di kedai dengan merakam gambar orang lalu lalang di depan. Lihat saja model mana yang kurang ‘blur’nya.
Enjin pemproses itu memainkan peranan lebih penting dan bukannya resolusi. Ketika ini, saya lebih menggemari model iPhone 4 ke atas yang mempunyai kekuatan kamera yang benar-benar baik tetapi tidaklah terlalu hebat.

 

3. Terikut-ikut orang atau trend

 

Bak kata-kata dalam salah satu filem P Ramlee (tidak ingat pula saya tajuknya), ‘Orang mahu radio, dia mahu radio…orang mahu motokar baru, dia mahu motokar baru…’ kita terlalu ikut rentak orang di sekeliling sehingga lupa, selera kita tak sama dengan selera orang lain. Orang lain mungkin sesuai dengan Samsung dan kita pun turut beli produk Samsung walaupun sebenarnya kita lebih sesuai memakai Blackberry atau iPhone saja.

Terikut-ikut kawan berbeza dengan meminta nasihat dari mereka. Anda boleh bertanya tentang telefon pintar dari rakan anda tetapi tidak semestinya ia sesuai dengan keperluan anda. Misalnya, kawan anda beli jenama tersebut disebabkan mereka sudah biasa memakai produk syarikat tersebut. Anda pula terus membeli tanpa mengkaji terlebih dahulu. Akibatnya, wang beribu ringgit hangus dan anda bosan dengan telefon anda tidak sampai tiga bulan memakainya.
Kadang-kadang, lebih baik kita membeli model lama yang dikeluarkan enam bulan atau setahun lamanya yang lebih murah tetapi elok dipakai. Apatah lagi, harganya sudah jatuh sekitar RM300-RM500.

 

4. Pilih pasca bayar yang mahal

 

Apabila membeli telefon pintar, anda pastinya perlukan sambungan data untuk berhubung dengan internet. Pastilah rugi telefon pintar tanpa data kan? Namun, silapnya kita ialah mendapatkan pelan pasca bayar yang mahal. Di pasaran, kebiasaannya ditawarkan pakej 1MB, 2MB, 5MB dan sebagainya. Ada yang beranggapan kita perlu mendapatkan pelan paling mahal kerana KERAP guna walaupun hakikatnya penggunaannya hanyalah separuh. Jadi semak dulu keperluan. Kalau setakat bersosial di Whatsapp, Facebook dan Twitter, pelan 1MB sudah cukup.
Tetapi tidak salah menggunakan prabayar yang kini ada semurah RM18 sebulan berbanding penggunaan RM88 dan sebagainya. Ia sudah cukup untuk membolehkan anda merewang di internet. Manfaatkan keperluan tersebut.

 

5. Beli skrin sentuh walaupun tak biasa

 

Kadang-kadang, kita tidak rasa ‘cool’ berdampingan dengan rakan-rakan yang semuanya menggunakan telefon pintar jenis skrin sentuh berharga mahal. Kita pun ingin turut mencubanya sehingga lupa yang kita lebih biasa menggunakan papan kekunci fizikal.
Terdapat dua pengguna telefon pintar di negara ini, satu yang gemarkan skrin sentuh dan satu lagi yang lebih biasa dengan butang kekunci. Jadi, anda tergolong dalam kategori yang mana? Kalau mahukan skrin sentuh, banyak jenama di pasaran, kalau mahukan butang kekunci, Blackberry pilihan terbaik sekarang.

Kalau sudah nekad menggunakan skrin sentuh, pastikan anda membiasakan diri mempelajarinya.

 

6. Kurang membaca untuk sedikit penyelidikan

 

Sesuatu yang jarang pengguna lakukan sebelum membeli telefon pintar adalah membaca. Membaca untuk mendapatkan gajet terbaik mereka. Lihat beberapa majalah atau laman web untuk pastikan anda benar-benar memilih yang terbaik.
Lakukan perbandingan dengan menyediakan kertas khas serta pastikan semuanya disemak termasuk harga, sistem operasi, prosesor dan tahap nipis.

 

7. Membeli secara bayaran ansuran

 

Kesilapan yang sering kita lakukan adalah ‘biar papa asal bergaya’. Sehinggakan beli telefon pun mahu berhutang. Lebih baik anda dapat membayar sejumlah tunai untuk mendapatkan telefon pintar dan jangan terikut dengan kempen 0% tanpa faedah. Nampak mudah tetapi pada akhirnya kalau anda terlepas membuat bayaran, padah jadinya.

Lagipun, tempoh pinjaman biasanya setahun hingga dua tahun, bayangkan hanya selepas tiga bulan, sudah ada model baru di pasaran dengan teknologi baru pula itu. Takkan anda mahu berhutang lagikan?Jadi bayarlah secara tunai.

Kalau anda tidak mampu, belilah model yang sederhana. Terdapat banyak telefon pintar yang mempunyai harga kurang RM1,000. Lebih baik anda kumpul dahulu dan elakkan membeli produk bernilai lebih RM1,500 kalau tidak mampu.

 

8. Tak pentingkan aksesori

 

Selepas membeli telefon pintar, lebihkan belanja untuk menjaganya termasuk pelindung skrin dan sebagainya. Ramai yang berbelanja besar membeli telefon pintar tetapi melupakan soal aksesori yang sepatutnya menambah jangka hayat telefon.

Saya ambil pelindung skrin sebagai contoh, ia penting untuk memelihara skrin. Kalau jatuh (kebarangkalian yang tinggi) ia akan menyebabkan skrinnya pecah. Itu belum lagi bercakap soal calar dan sebagainya. Lain-lain aksesori yang perlu diberi perhatian ialah kit bebas tangan (biasanya disertakan tetapi kadang kala tidak juga) dan pengecas mudah alih. Biasalah, bateri telefon pintar ini sangat cepat menurun ketika penggunaan aktif jadi pengecas mudah alih sangat membantu.

Bajet diperlukan untuk tambahan aksesori, mungkin dalam lingkungan RM200.

 

9. Pilih storan yang tidak mencukupi

 

Akibat kekurangan bajet, kita membeli telefon dengan kapasiti setoran minimum yang menyebabkan kekurangan ruang untuk menambah aplikasi-aplikasi menarik. Pada waktu sekarang, ada 16GB simpanan secara minimum untuk kebanyakan telefon pintar.
Ada juga yang bagi tambahan slot kad microSD tetapi lebih baik juga kalau gunakan khidmat storan cloud kalau boleh. Kalau anda pengguna yang tegar, beli kapasiti lebih iaitu sekitar 32GB.

 

10. Beli saiz besar

 

Ada yang sukakan saiz melebihi 4.0 inci, ada juga yang melebihi 5.5 inci, tetapi beli disebabkan suka saja mengakibatkan anda menyesal,. Mengapa? telefon sukar digenggam, tidak ergonomik, tidak muat dalam poket.

Jadi pilih dengan berhati-hati, kalau saiz tangan anda kecil, beli telefon pintar berskrin 3.7 inci hingga 4.3 inci. Ia membolehkan anda mengoperasikan telefon hanya menggunakan satu tangan yang lebih baik.

Saiz besar juga mengakibatkan poket terlalu penuh dan sukar ketika bergerak (untuk lelaki). Seperti yang disarankan dari awal, cuba dulu telefon tersebut sebelum membelinya

Tuesday 9 April 2013

Berhati-hati ketika mandi di tandas Bilik Hotel........

Hi kawan-kawan, lama x update blog.....

Ini info baru dapat...... cuma nak kongsi....

Berhati-hati apabila anda menginap di hotel, mahu pun hotel bertaraf  bintang macam crytal crown, sea view ataupun hotel murah cth rumah tumpangan kaw loon , motel tepi jalan ... kerana time ini camera semua dah canggih sangat sampai boleh pasang mana-mana pun. tgk water proof pula itu. Teknologi dah mendahului ...

hidden camera bentuk suis...........


Smoke Detector wit Video camera DVR..... boleh buat blue ray cd.......Ha ha

 


Friday 5 April 2013

03 April 1973 PANGGILAN PERTAMA YANG DIBUAT MELALUI TELEFON BIMBIT

Pada 03 April 1973, seorang Jurutera MOTOROLA , Martin Cooper telah membuat panggilan pertama melalui telefon bimbitnya MOTOROLA . Cooper telah menelefon kawannya Joel Engel  yang berada di Bell Labs dan mengatakan "Joel this is Marty. Im calling you from a cell phone, a real handheld portable cell phone''. Panggilan telefon itu dilakukan pada Telefon Bimbit Motorola DynaTac 8000x yang seberat 1.13kg.




 

Tuesday 2 April 2013

Cantik Tak Pramugari........

tgk sendirilah pramugari thailand.....sempoi tak......










P.C AIR, Penerbangan pertama dunia dari Thailand dengan Pramugari Transeksual........   so jangan duk terpikat ..... ha ha ha

Ibu Menyuruh Anak Kecilnya Merokok di China( WTF)


Layan je......... WTF





Monday 1 April 2013

5-Minute Stress Relief Strategies

5-Minute Stress Relief Strategies


Stress comes from many areas of life, and stress relief comes in many forms. While some people like using one favorite tool for stress relief, many experts feel that the most efficient approach to stress relief is one that attacks stress from several different directions, utilizing an overall 'plan of attack' for stress relief.


An important first step in this stress relief plan is to have one or two quick stress relief strategies that can help you relax your physiology or de-stress your mind, to reverse your body's stress response so that you can think clearly and avoid the negative effects of chronic stress.


The following are some quick and effective stress relief strategies that can help you do just that: these stress relief activities, once mastered, should enable you to de-stress in under 5 minutes so that you can move on to the next steps in your stress relief strategy or immediately face the stressors at hand

TIPS.....How To reduce Stress.......


Kes 1

cara jawab telipon..time2 busy giler...hehehehe....
Sebenarnya cara menjawab telipon yang kita amalkan adalah salah  dan kebanyakannya  sama..
terpikir kah anda untuk menjawab dengan jawapan yang betul.jadi disini kita akan cuba untuk menukarkan jawapannya


1.soalan: haloo.may i speak to ain please?
jawapan: maaf.sini bukan balai polis.

2.soalan: haloo, siapa disana?
jawapan: ooi. saya kat sini,mana la saya tau sapa kat sana..

3.soalan: haloo,boleh saya bercakap ngan bapak ang?
jawapan: nak cakap cakap ja. buat apa tanya saya.

4.soalan: haloo,boleh sambungkan ke nombor 323?
jawapan: maaf cik,nombor tak boleh disambung,hanya boleh dicampur.

5.soalan: haloo,mak ada rumah?
jawapan: mak takda rumah.bapa ada pasal rumah ni bapa yang beli.

6.soalan: haloo ain,buat apa tu?
jawapan: kan aku tengah bercakap ngan ang kat telipon ni..

7.soalan: boleh saya bercakap ngan ain ?
jawapan: maaf.nombor yang anda dail tidak mahu memberikan perkhidmatannya... .tq.

8.soalan: haloo.tolong panggilkan ain. saya nak bercakap dengannya.
jawapan: sila panggil sendiri.saya sibuk.maaf

9.soalan: halloo... ...
jawapan: haloo.pusat sakit mental disini.anda ingin mendaftar?

10.soalan: haloo.saya nak tumpang bertanya...
jawapan: maap.ini bukan kaunter pertanyaan.

11.soalan: haloo.betul ke ini nombor 3234412?
jawapan: sila dail sekali lagi.kalu saya masih menjawab betul  tu.


hehehehe....



Kes 2

Malam Pertama, Kedua dan Ketiga......
    
Dalam keheningan malam penuh syahdu, Ramli masuk ke kamar kerana mengantuk. Dilihat isterinya sudah berselimut dari hujung rambut ke hujung kaki. Malu agaknya. Maklumlah malam pertama..." bisik hati Ramli. Dimatikanya lampu dan ia pun berbaring di katil. Dicelah2 saura kodok menyeru pasangannya, terdengar suara isteri berbisik, penuh romantis, "Buah papaya dah masak ranum, bila tupai nak datang merasa ?" "Dah, apa citer ni ?" tanya Ramli dlm hati. Separuh malam dia terbaring berfikir. "Oh, agaknya isteri ku teringat kampung halaman.. sian.. sampai mengigau? Takpelah, biarlah dia tidur" bisik hatinya penuh understanding.
Mlm ke 2 adegan yg sama cuma dialognya agak berbeza. Bisik isteri "Sawah bendang dah siap dibajak, bila pak tani nak turun menyemai?" "kesiannya bini aku.. masih ngigau lagi.. aku mesti cari penawar !" Ramli bertekad. Esok harinya, Ramli bercerita pada ayah yg kebetulan datang untuk bertanya khabar `pengantin baru' "Lah.." keluh ayah Ramli, "aku antar belajar sampai Universiti, benda cam ni pun kau tak paham?" Ayahnya pun mula bercerita perihal adam & hawa, laila & majnun, romeo & juliet... (yg relevan untuk pegantin baru je!) Sepatah cakap orang putih "about the birds & the bees". "oh. cam tu." sengih ramli, "baru saya paham. Taulah apa nak buat malam ni!" Malam yg sangat ditunggu2 ramli pun tiba... adegan sama dikamar tidur. cuma kali ini isterinya membisu seribu bahasa. "lah.. nape pulak senyap. takkan dia give up" tertanya2 si Ramli. Setelah sekian lama tanpa suara dari isteri, Ramli pun berkata, "Dah lapar betul rasanya perut, boleh tupai datang merasa?" Malam dingin semakin sunyi.. tak jawab pun... "Kain pelikat dak disinsing rapi, boleh pak tani turun menyemai ?" pun..masih takde jawaban... Ramli mencuba lagi. "Juruterbang dah siap sedia... boleh pesawat turun mendarat ?" Sayu sekali jawaban si isteri dari bawah selimut, "Maaf tuan... Landasannya baru saje banjir...!"